Wednesday, November 26, 2008

Statementkah?

Perbualan ini dirakam di dalam ingatan ketika disurau ofis tanpa sedar....

Perbualan ringkas 2 manusia yang tengah menunggu masuk waktu Asar.

Kak Jam: Huuuhhhh..penatnyer yang! Akak banyak betul kerja harini(sambil mengurut-ngurut kaki)
Ann: Ye ke kak. Apa nak buat. Saya nak tolong memang taklah walaupun tengah tak busy hehe
Kak Jam: Kau memang!
Ann: Biasalah saya. Nasib tak bawak bantal dengan selimut. Kalau tak, kompom saya tido dalam bilik saya tu

Kak Jam ketawa terkekeh-kekeh

Ann:Ish akak ni...gelak macam orang gatal!
Kak Jam: Ish ini mana ada gatal. Suami akak tengah takde kat rumah ni. So gelak ni memang tak gatal langsung!

Hampeh!

p/s: pengajaran kepada aku dan jugak orang-orang bujang diluar sana...kurangkan bergaul dengan orang yang dah kawin. banyak buruk dari baiknya hehehehe...... :p

-kakyung-

Thursday, November 20, 2008

Lift horror

Khamis.....11.25am

Aku dengan blur menunggu lift kt tingkat "3" ofis...nak turun balik kat tingkat "M" nk g bilik aku
sebab x de orang...cepat je pintu lift tu terbukak
aku pun masuk la lift

tunggu..punya tunggu punya tunggu..x sampai2 aku kat "M" floor ni..
aku dah saspen dah...mata dah melilau kat dalam lift...

lagi pun aku rasa....aku x tekan pun "G" kenapa skrin kt lift tunjuk lift ni kat "G"floor

"apsal la pintu lift x bukak2 ni"

nombor2 menandakan tingkat2 lift pun x menyala..selalunya misti cam kaler merah biler tekan
arghh aku CUAK

TAPI.....dengan x semena-mena
tangan aku mengetuk kepala aku sendiri

patutlah dia turun kat "G"floor...tadi masa mula2 aku masuk lift aku x tekan pun tingkat berapa aku nak pegi...so otomatik la lift tu g kat "G" floor...apa daaa...

p/s: saspen ngan kebodohan sendiri....huhu

-kakyung-

Wednesday, November 12, 2008

Weirdo

Macam biasa....aku naik ktm masa balik keje...
dengan muka 'toye' kata org perak aku mmg x memberi perhatian sgt kalau dah masuk dlm train
kene pulak time peak hour yang penuh plak hari ni..sooo lagilah khusyuk aku merenung jari jemari aku yang memegang kukuh tempat pemegang dengan kepala yang kosong

dan-dan aku tengah berangan cemane gamaknye kalo aku jadi pramugari.
adala sekumpulan bebudak sekolah ni buat kepoh. dengan lagak yang aku agak menyampah diorg memekak dengan cerita-cerita diorg yang hanya diorg je yang paham. almaklumlah..teenagers is always about seeking attention...true? yerp thats what i thought.

dengan x semena-mena..keluarlah ayat dari mulut aku yang hanya boleh didengar dalam hati je..
"weirdo!"
selang seploh saat pastu aku pun tersedar...
'When was the time I am not myself and could be called as a weirdo?'
Jawapan cepuemas itu ialahhh..jeng jeng jeng..

'During my teeenager's stage!'

Mana taknya...aku ingat lagi masa aku umo 12 tahun..aku ni aktif ber'taekwando'...memang aku ni cargas dulu..syiok seyh...masa tulah aku baru mula berhasrat nak melaram..mulalah aku pakai track bottom yang merepek-repek pesennyer...baju yang besar kekunon hip-hop huhu

Masuk sekolah menengah aku join kadet remaja sekolah(krs)...berkawad aje memanjang. muka ni mmg x usah cakap le gelapnye...siap berbelang sebab pakai tudung. leftenan tuu aku dulu. so time tu tengah hot fesyen 'letak towel kat bahu' atas uniform kitorg yg ala-ala tentera tu. kekonon cool arr. habis je pertandingan kawad (peringkat wilayah) balik mesti g central market..port bebudak yang sekolah kt kl sambil naik tangga tu hentak2 kaki kekuat. yerlah, pakai but la katakan. mesti orang cam pandang dua tiga kali. kitorg igtkn cool...tapi sebenarnya org heran...itulah..attention seeker kan huhu.

zaman aku nilah jugak fesyen cermin mata. kebetulan pulak aku mmg pakai spek. org yg tak pakai spek pun jadi nak pakai spek. makanya banyak la jenis spek yang boleh dilihat seperti warna yang sgt terang cam..oren, merah...etc pastu kat sekolah keluarlah pekeliling yang mengatakan x boleh...padan muka mereka2 yang nk menunjuk tu.

ada lagii..aku dulu sekolah menengah pompuan...nak dijadikan cerita time aku baru masuk form 1 movie titanic baru habis tayang. kan time tu titanic cam 'kegilaan dunia' so macam2lah jadi kat sekolah aku...purse gamba kate winslet..beg sekolah gamba diorg tgh buat aksi 'im the king of the world'. even yang bawak paper bag pun nak letak gamba leonardo ngan kate winslet tgh comolot. lagu 'my heart will go on' adalah lagu feveret yg kitorg nyanyikan bila cikgu x masuk. woh memang happening arh. pastu keluarlah pekeliling lagi....dilarang membawa peralatan sekolah dan yang berkaitan mempunyai gambar manusia. hahahaha...padan muka lagi.

memang nak menarik perhatian je time tu. dipikir-pikirkan balik..dengan aku punya baju yang ntah apa-apa..yerlah nak mencari identiti la kunon huhu..hampeh

kesimpulannya....'When was the time YOU are not yourself and could be called as a WEIRDO?'

p/s: jawab soklan aku jawab!

-kakyung-