Dah beberapa hari mama demam. Kat rumah asyik terbaring dan tak lalu makan. Pegi klinik lepas tu doktor siap suruh amik darah setiap selang 2 hari. So hari khamis mama pegi amik darah untuk yang ketiga kalinya. Doktor terkejut tengok platlet darah mama tinggal 19! Bayangkan tahap normal sepatutnya kena ada at least 150! Terus masuk wad. Aku plak kat ofis dah sakit2 kepala rasa macam nak pecah. Duduk tak boleh bangun tak boleh. Bila dah time balik aku call abah nak suruh amik tempat biasa. Time tu abah bagitahu mama kene masuk hospital. Berderau darah aku.
Dan yang magicnya lepas je abah bagitahu sakit kepala aku terus hilang. Hurm...
Aku dari ofis naik shuttle bas ke lrt kelana jaya. Dalam bas dah risau. Pikir macam-macam. Aku call abah balik tanya macam mana nak pegi HKL. Abah kata baik tak payah since jem macam gila. Paham-paham ajelah bulan-bulan pose ni tambah kawasan situ yang forever jem.
So besoknya aku keje half-day je. Siapkan apa yang patut, abah tunggu kat ofis aku pastu terus pegi HKL. Aku memang tahan mata aku yang hampir-hampir nak nangis tengok muka mama yang lebam. Sembap kata setengah orang. Buat muka ceria. Kompom mama kene denggi. Hari tu adik aku kene tp tak teruk macam mama. Aku tanya mama macam mana platlet darah. Dah naik sikit katanya. dari 19 ke 25. Walaupun masih jauh dari normal tapi bila mama cakap dah naik platlet darahnya..aku lega sikit.
(mama dan cma)
Time aku ngan adik aku(Cma) sampai kawan-kawan mama ada. Meleleh air mata mama bila kawan-kawan dia bersalam nak balik. Aku tengok je muka mama, mata mama. Tapi I didn't say anything. Lepas tu sembang-sembang ngan mama macam biasa. Kitorang je yang bising kat sepital tu. Biasalah. Gelak-gelak macam hospital tu kitorang je yang ada. Lega lagi hati aku tengok mama macam tu. Lepas tu aku tanya mama...
"Kenapa mama tak nak masuk hospital swasta? Mama kan ada insuran. Boleh cover"
Mama jawab...
"Ish buat apa. Bilik sorang. Lagipun duit claim insuran boleh masuk poket. Buat apa bayar hospital. Bazir je.."
Hahhahahaha ok ini memang SAH mak aku. Mama masih normal! hahahah. Sabar jerlah jawapan dia tu.
Mama kata lagi..
"Eh mama ada 2 insuran tau. Bestnya..."dengan muka muka bersinar-sinar anime dan mata yang obvious KA-CHINGG!!"
Aku gelak lagi. Mama memang tak larattttt!!!
Ma, kakyung doakan mama cepat sembuh. Doktor kata kalau platlet mama naik sampai 50 bolehla mama balik rumah.
p/s: mama bising bawak baju dia dalam beg plastik je. Dia nak suruh letak dalam beg bonia dia tu. Sempat lagi!!!
-kakyung-
4 comments:
okey mak ko mmg fani, sakit2 sempat demand bonia segala la?
dan aku leh bayangkan kebisingan korang kat hospital tu hehe..
semoga cepat sembuh ye makcik, nanti leh buat open house best raya nanti! :p
ehehehe kan..tawu x per sabar jerlah dia tu
dah beransur sehart dah..alhamdulillah
izarrr...jom la kita jejalan/raya sesamerrr..jom arr ekk
jenjalan mana nye? ko tu ade cuti ke?
kalau plan bebetul aku no hal jer :P
alaa hujung minggu kan boleh je nak berjalan2..
x pun kita plan la betul2, then nnt beta amiklah cuti ek ek :D
Post a Comment