dengan bongkak menunjukkan senjata tanda keangkuhan tiada banding
penduduk lari lintang pukang...
menyelamatkan diri ke kawasan yang diberitakan MUNGKIN lebih selamat
si ketua memegang alat pemancar radio mengubungi pusat kawalan..menerangkan beta ampuhnya mereka si penggempur yang mempunyai pelbagai jenis senjata yang berbahaya..
senyuman meleret diwajah si ketua
isyarat tangan ditunjukkan kepada kenderaan yang dinaiki mereka...
demikianlah...bedilan demi bedilan dilepaskan...
teriakan juga jeritan diperdengarkan..tanda menyahut..lemah tiada terdaya
umpama lagu yang tiada akhirnya..nota-nota lagu di kertas tidak dapat menghasilkan irama kejam ini
jiran-jiran hanya membatu..melihat tayangan dengan terpaksa...
dibantu akan dikelar hidup-hidup...
melihat saja akan membuatkan diri rasa bersalah sepanjang hayat..
namun..masih tiada tindakan..
penggempur masih dapat mengejek dengan menunjukkan kekejaman tiada belas..
kita semua telah diingatkan dahulu melalui kisah benar..
yang telah disampaikan turun temurun..
kisah yang dahulunya hanya ditulis diatas batu, diatas kulit-kulit kayu mati
yang disampaikan oleh para Hafiz
tapi malangnya..kita terleka..
kisah yang diceritakan oleh Ya Rabb..
"Kemudian kamu (Bani Israil) membunuh dirimu (saudaramu sebangsa) dan mengusir segolongan daripada kamu dari kampung halamannya, kamu bantu membantu terhadap mereka dengan membuat dosa dan permusuhan; tetapi jika mereka datang kepadamu sebagai tawanan, kamu tebus mereka, padahal mengusir mereka itu (juga) terlarang bagimu. Apakah kamu beriman kepada sebahagian Al Kitab (Taurat) dan ingkar terhadap sebahagian yang lain? Tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian daripadamu, melainkan kenistaan dalam kehidupan dunia, dan pada hari kiamat mereka dikembalikan kepada siksa yang sangat berat. Allah tidak lengah dari apa yang kamu perbuat ."
(surah al-baqarah, ayat 85)
"Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, aku berlindung padaMu Ya Allah. Dari kekejaman yang berlaku disekeliling kami Ya Allah."
Amin. Amin. Amin Yarabbala'lamin.
-kakyung-
No comments:
Post a Comment