Saturday, December 27, 2008

Sebanyak mana?

2 hari lepas..harijadi aku..
Aku dah tua..
tambah lagi setahun umo aku....
alhamdulillah...semoga dipanjangkan umur ku...disihatkan tubuh badanku...dimurahkan rezekiku insyaAllah...

Aku teringat masa aku belajar kat Melaka dulu...
1st time berjauhan dengan keluarga lama-lama....
pagi besday aku sumer orang dah wish dah..tapi mama aku tak wish pun kat aku...
aku tunggu mama call...kol 11am..tak call...kol 2pm..tak call jugak...kol 5pm..still tak de so aku macam terkilanlah..
aku duduk menung sorang2 mengadap luar tingkap bilik aku sambil angin menderu-deru(macam ala2 drama swasta sebab bilik aku tinggi)

tetiba kol 5.45pm fon aku berbunyi

"Happy Birthday Kakyung..!!"aku mendengar suara mama dihujung talian..bersemangat sungguh!


"Hurm..."aku endah tak endah..terasa hati dengan mama.

"Aik..tak suka ke mama call wish selamat harijadi?"mama tanya kat aku.

Aku malas2 mahu menjawab pertanyaan mama...

"Mama ni...lambat la mama call...kawan2 kakyung kol 12 tepat pagi tadi diorg dah wish tau..."aku membentak-bentak.

Aku terdengar mama ketawa dihujung sana. Aku rasa kecil hati yang teramat.

"Buat apa mama nak wish pukul 12 tepat? Kakyung bukan lahir pukul 12 pun. Kakyung lahir pukul 5.45 petang. Anak mama...mama yang beranak..mama tahulah.."lembut je mama cakap sambil tergelak-gelak kecil.

Berbunga-bunga hati aku bila dengar mama cakap macam tu. Terasa berdosa salah sangka pada bonda sendiri.

"Ye ke ma? hehehe..sorilah kakyung tak tahu,"sambil tersipu-sipu.

Mama hanya ketawa2 dihujung talian. Sejak haritu aku tak pernah kesah orang nak wish aku pukul berapa pun sebab ucapan yang aku tunggu2 hanyalah dari family tercinta terutamanya mama ku yang saban tahun pada hari lahirku, melihat jam menunggu masa 'kelahiranku' untuk mengucapkan 'Selamat Harijadi Kakyung'.

Kakyung sayaaaaaaaang mama banyak2.

Sebanyak mana?

Sebanyak daun2 di hutan...sebanyak air yang mengalir di laut...sebanyak udara yang di sedut...dan...yang penting...sebagaimana mama sayangkan kakyung, seperti mana mama kasihkan kakyung!

Semoga Allah panjangkan umurku untuk berbakti kepada kedua Ibubapaku InsyaAllah.
Amin.

-kakyung-

Thursday, December 4, 2008

Salah sendiri

bayangkan situasi ini...

Didalam bilik seminar yang penuh dengan manusia, 2 orang daripadanya yang tidak berpuas hati dengan cara kerja rakan mereka lalu mengumpat semasa speaker sedang memberi ceramah dihadapan....

Pengumpat 1: Akak tak puas hati betul dengan minah tu! Suruh kita buat keje dia pulak.
Pengumpat 2: Itulah kak. Saya pun nampak. Apsal tak sound direct je?
Pengumpat 1: Akak malasla nak gaduh2. Tapi itulah, nak buat style sendiri...buat sendirilah!
Pengumpat 2: Nak buat macam mana kak. Dia tu kesayangan bos. Bos pun sama je lebih kurang.
Pengumpat 1: Buat masa ni akak memang tengah sabarlah ni..tapi..
Pengumpat 2: Eh kak...amende kat tepi tu? (sambil membelek gadget sebesar tapak tangan)
Pengumpat 1: Oh, minah tu la letak recorder kat sini nak record apa speaker cakap.
Pengumpat 2: Ooo....

.......

Pengumpat 1&2: EHHHH!!!!!!!!!

klasifikasi: Kisah benar. Tetapi telah diubahsuai mengikut kesesuaian tahap U(umum)..huhu

p/s: Orang kata cakap siang pandang2 cakap malam dengar2...inilah dianya!! Padan Muka!!

-kakyung-