Monday, September 29, 2008

Selamat Jalan Ramadhan 1429

hahhhhhh.....
Besok last pose...
tapi x pulak rasa nak ..YEAY!!
tapi rasa cam...

"Eh, tahun depan sempat ke aku jumpa ramadhan lagi?"

Anyways....Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin ek kawan-kawan.
Saya tahu saya banyak dosa ngan kamu-kamu semua.
Harap diampunkan kekhilafan diri saya ini.
Almaklumlah kita ni manusia biasa.
(aku maapkan korg gak hehe)

Drive Safery (cam iklan jepun)
Don't Sleep & Drive
bahaya woooo....

p/s: raya jemput la datang umah ek..makan jemput2 :D

-kakyung-

Saturday, September 27, 2008

mama oh mama...

Dah beberapa hari mama demam. Kat rumah asyik terbaring dan tak lalu makan. Pegi klinik lepas tu doktor siap suruh amik darah setiap selang 2 hari. So hari khamis mama pegi amik darah untuk yang ketiga kalinya. Doktor terkejut tengok platlet darah mama tinggal 19! Bayangkan tahap normal sepatutnya kena ada at least 150! Terus masuk wad. Aku plak kat ofis dah sakit2 kepala rasa macam nak pecah. Duduk tak boleh bangun tak boleh. Bila dah time balik aku call abah nak suruh amik tempat biasa. Time tu abah bagitahu mama kene masuk hospital. Berderau darah aku.
Dan yang magicnya lepas je abah bagitahu sakit kepala aku terus hilang. Hurm...

Aku dari ofis naik shuttle bas ke lrt kelana jaya. Dalam bas dah risau. Pikir macam-macam. Aku call abah balik tanya macam mana nak pegi HKL. Abah kata baik tak payah since jem macam gila. Paham-paham ajelah bulan-bulan pose ni tambah kawasan situ yang forever jem.

So besoknya aku keje half-day je. Siapkan apa yang patut, abah tunggu kat ofis aku pastu terus pegi HKL. Aku memang tahan mata aku yang hampir-hampir nak nangis tengok muka mama yang lebam. Sembap kata setengah orang. Buat muka ceria. Kompom mama kene denggi. Hari tu adik aku kene tp tak teruk macam mama. Aku tanya mama macam mana platlet darah. Dah naik sikit katanya. dari 19 ke 25. Walaupun masih jauh dari normal tapi bila mama cakap dah naik platlet darahnya..aku lega sikit.


(mama dan cma)

Time aku ngan adik aku(Cma) sampai kawan-kawan mama ada. Meleleh air mata mama bila kawan-kawan dia bersalam nak balik. Aku tengok je muka mama, mata mama. Tapi I didn't say anything. Lepas tu sembang-sembang ngan mama macam biasa. Kitorang je yang bising kat sepital tu. Biasalah. Gelak-gelak macam hospital tu kitorang je yang ada. Lega lagi hati aku tengok mama macam tu. Lepas tu aku tanya mama...

"Kenapa mama tak nak masuk hospital swasta? Mama kan ada insuran. Boleh cover"

Mama jawab...

"Ish buat apa. Bilik sorang. Lagipun duit claim insuran boleh masuk poket. Buat apa bayar hospital. Bazir je.."

Hahhahahaha ok ini memang SAH mak aku. Mama masih normal! hahahah. Sabar jerlah jawapan dia tu.

Mama kata lagi..

"Eh mama ada 2 insuran tau. Bestnya..."dengan muka muka bersinar-sinar anime dan mata yang obvious KA-CHINGG!!"

Aku gelak lagi. Mama memang tak larattttt!!!

Ma, kakyung doakan mama cepat sembuh. Doktor kata kalau platlet mama naik sampai 50 bolehla mama balik rumah.

p/s: mama bising bawak baju dia dalam beg plastik je. Dia nak suruh letak dalam beg bonia dia tu. Sempat lagi!!!

-kakyung-

Tuesday, September 23, 2008

Sebab kamu!

Jumaat lepas...aku solat asar pada waktu yang sama seperti biasa di surau ofis,
tapi sewaktu salam pertama kepala aku terasa sangat berat ketika dipalingkan
lagi teruk ketika dipalingkan untuk salam di sebelah kiri.

i have no idea what happen and i nearly cried coz it hurt so bad...so i called my mama and she said

"ok, besok kita pergi hospital"

tapi hari jumaat malam selepas berbuka abah suruh bagi air kat dia
meaning...dia nak doa
lepas tu aku dengar mama tanya kat abah...

"kakyung pun kene ke abah?"

n then i saw abah nodded.

Ya Allah...me too???
Adik aku yang dituju aku pun kene tempiasnya???

Hari ke-23 puasa....
Hari ke-24 tarawikh...

tapi aku...dah seminggu tak pegi tarawikh...
bukan cuti org perempuan
tapi..aku...aku...
tak boleh nak terangkan lebih-lebih
takut lain pula ceritanya nanti
apa yang pasti setiap kali salam tengkuk aku masih sakit
sakit...sangat...

Kepada kamu yang bertanggungjawab
Kenapa pada waktu bulan yang mulia ini kau mengumpul dosa?
Pada waktu kami berlumba-lumba mengumpul harta akhirat kamu mengurangkannya?
Hanya Allah yang tahu. Wallahualam

-kakyung-

Thursday, September 18, 2008

Reunion@Berbuka Puasa ex-SKSHAS '92-'97- Best Gilak

Hari tu buat makan2 sambil ber'gathering untuk budak sekolah rendah aku...cool x? hehehe
Sape je yang still contact dengan budak2 zaman sekolah rendah lagi....
X de aku rasa....
Anywaysss.......

Kepada yang hadir pada 12/09/2008 di Midvalley

Thanks kerana sudi datang memeriahkan majlis

Terharuuuuu sangat...=D

p/s: teringat zaman dolu2....x siap keje sekolah huhu

Gambar-gambar antara mereka yang hadir.....













-kakyung-

Thursday, September 11, 2008

Suka hati akulah!

tahap ke'bengang'an aku dh maksimum dah
kalo boleh ukur ngan termometer mesti dh meleTOP merkuri kat dalam tu.

Disuatu petang yang tak berapa nak nyaman.....
Aku: Wahhh...aku sukalah tengok mamat tu
Mereka: Ish kau ni...itulah taste kau!

(Sambil mereka buat muka jelak)

Aku: Apsal ngan taste aku?

(Heran dan sakit hati)

Mereka: Yer ah, asal yang poyo itulah yang kau suka..!
Aku: Lantak la poyo, aku yang tengok, yang korang sibuk apsal??!!

Tapi.....aku sebenarnya tak penah cakap pun baris yang terakhir tu. I wish I could!
Dan...baris yang sebenarnyer..

Aku: Oh ye ke.

and then they will be laughing at me hysterically.

huhuhuhuhuhu........(sob sob)

ps: aku masih mahu menjaga hati. but 'to whom it may concern', sometimes u guys do made me look like a fool.

Monday, September 8, 2008

Up close - Me as a teenager

I hope the journey in my teenager's life will help other teenagers out there to get things straight (if they came across this blog obviously hehe)

And also to those people who CANNOT move on.

It is embarrassing to actually spit out my teenager's life. Not only me but anyone else. But, I believe I can at least do something to help confused teenagers out there. So be it.

Trying to be someone people look up to

As everyone knows I came from all girls secondary school. Everyone and everything in that school have to be perfect and neat. In order to stand out from others is to be like those girls with 'boyish' styles and looks. Very short hair. Walking with that awkward way. After awhile those 'pengkid' will have their own admirers. I wonder why do they have to admire boyish-looking-girls in baju kurung uniform for god sake but well...it happened anyway. Yes, I tried to be like them but without having affairs with my schoolmate thingy. I just want that attention. Sucks ey. I've joined the school 'talentime' with my funny looking shirt and vintage jeans with very high waist. I am a tudung wearer but in that particular occasion I purposely go without it, just wanted to know how will my other friends reacted. Nothing! Nothing happened. No admirers no nothing. Life as a teenager is the worst! Hahhaa. Im totally NOT good in that thing. Thank god. Then I moved on.

A good girl
After not being comfortable in that boyish style I've decided to totally changed into a 'perfect girl' type. Not that I'm pretty but I wanted to be like in the movies. This is where you can see as a teenager, when they thought that the movie is good and really do made and impact they will try to be like one! As for me I didn't remember which movie and I tried to be like that. Very calm, patient. At one point, there is a person who I admire secretly(at that time he's a University student) had given me a call! A total shock. But before that, I knew a friend of mine also likes him. So I played safe. I thought 'Maybe he's calling me to get the details about her'. i don't want to fall for him to soon and maybe he's playing me. So I played along.
Publicity in school was so cruel to me. My friends(including my closest friend in school) starting to blame me like I'm 'stealing' this girl opportunity. When I got so close to the guy I told him 'Promise me you will never fall in love with me'. At that time I thought that is the noble thing to do(of course as referred to the movie). So he said, 'Of course, we are bestfriend forever'. I wonder why didn't I found calmness after he said that. It actually hurting. In the end my friend and the guy did not even date. We were still close for about 2 years after that 'confession'. After that, we will only texting on certain occasion such as birthdays, Hari Raya etc. The following years.....never heard of him.

Girl Power
Through the end of my teenagers life I do not want to rely on anybody else which is good but also had its disadvantages. I'm a 1st year university student and I thought I'm all that. I stop listening to my family, friends and just go for mine. A lot happened because of my new so called girl-power-philosophy. My studies been soooooo bad that I nearly faint after i got my result in my first semester. Cried a lot. And then I realize how precious life is. I started to listen to what do people had in mind, observe things(which what i do most now)and be independent.

That is not all. I have a lot more to spill out but I think these are the most valuable things to share with.

The university guy I met in my secondary school years, actually confessed he liked me after not in touch for about 3 years. Huhuhuhu. I regret it. I've learned my lesson.

Teenagers, good luck in choosing paths in life. And remember, we have to be responsible of what we have done so be careful in every step you take.

-kakyung-


Sahur jangan tak sahur!

Hadis yang diriwayatkan daripada Abu Sa'id al-Khudri katanya: Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Bersahur itu suatu keberkatan, maka janganlah kamu meninggalkannya walaupun hanya dengan meneguk seteguk air, kerana sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat atas orang yang bersahur".(Hadis riwayat Imam Ahmad)

Reference

Sooo jangan tinggal sahur keyhhhh....makan pon dapat pahala..best aper
*wink2*

-kakyung-


Wednesday, September 3, 2008

masalah dan malu

Hari kedua puasa. But then its the 1st working day of the week (which we all know 31st August is on sunday so the national holiday falls on monday and thats why tuesday is the 1st working day...aiyak sori aku tawu korg sumer tawu)

anywayyyyyy.....

Nak dijadikan citer...opis kitorg bagi memo, staff muslim boleh balik kol 5. Gembira siott
So kol 5.01pm aku dah tap dah.
Terusssss menuju ke bas dan dengan harapan leh sampai awal(sbb parents aku g anta adik aku p slim river blablabla..)
Tapi malangnya shuttle bas kitorg lambat gerak sebab tunggu orang..kol 5 suku baru gerak
Dah tentulah jalan sesak kannnn....
Tapi tak pe..aku dengan yakin bolehnyer masih suka suki sbb nak lrt putra dr Kelana Jaya ke KL Sentral should be just another 20 minutes.
Tapiiiiii...lrt plak buat hal...apersal laaa time aku beriya-iya nak cepat pendekmerah buat hal(referring to lrt kang milo x paham plakk nak buat explanation lagi apa lagi)

"Sorry, we are experiancing unavoidable technical difficulties...."

Arghhhhhhhh aku hampir2 batal pose dah.

Tapi 15 menet kemudian lrt pun gerak. Sampai kt KL Sentral dah kol 6 setengah aiyoooo.
Sib baik ktm yang aku salu kutuk2 tu on time.

Sampailahh kat bandar tasik selatan pukul 7 tepat.

Satuuuuuuu lagi masalah

Hari ni kene naik teksi..yerlah parents aku x de..x de siapa nak amek

Aku tgk org queue dah melengkor cam ulor(slanga perak yerk)
aku pun pasrah jelah beratur
tak lama lepas tu....ada la satu teksi ni...pemandunya pompuan. Keluar dari teksi dia, pastu jerit

"Ada siapa nak pegi **** Damai ngan ***** Perdana?"

Aku dengan expression yang sangat gembira sambil tangan melambai laju kat orang teksi tu tadi aku pun jawab...

"SAYA!!!!!"

Aku berlari dengan segala kudrat yang tinggal pegi kat teksi tu pastuh tutup pintu sambil termengah-mengah.
Pastu aku perasan....bila aku tengok kat tingkap pintu, semua orang tengah tengok aku....huhuhuhuhu

Aku pun rewind balik kat kepala aku apa yang terjadi....
Dan seperti biasa...puaka seperti kami tidak mempunyai malu/segan yang lama

Walopon kekadg memalam seblom tdo aku bleyh cam..

"Whatever.."tapi masih mimpi ngeri

ahaks!