Wednesday, August 27, 2008

Jalan pampers!

Please bare in mind this is a TRUE story which i encountered myself yesterday on the way home.

Enjoy!

Petang semalam aku balik macam biasa naik KTM dari Batu Tiga nak ke KL Sentral. Nasib baiklah ada tempat duduk. Bersebelahan dengan aku ada seorang ibu dan anak perempuannya yang berusia lebih kurang 3 - 4 tahun. Anaknya berbaju pink comel dengan beg kecil di badannya. Sebaik sahaja aku duduk, aku pun mengeluarkan buku yang belum lagi kuhabiskan. Tidak berapa lama kemudian...

"Mak, jomlah kita main...adik boring la," sambil menarik-narik lengan baju ibunya.
"Nak main apa?"kata ibunya endah tak endah.
"Kita main....'orang-orang' nak tak?"

Aku pun terpikir amendelah...permainan 'orang-orang' ni. Dulu kecik-kecik tak de la pulak aku penah main 'orang-orang' ni.

Ibunya masih berbuat endah tak endah.

"Mak, jomlah main 'orang-orang'!"
"Iyalah-iyalah. Macam mana nak main?"
"Cam ni, mak jadi orang, adik jadi pontianak"

Aku yang dari tadi yang memang tak khusyuk membaca terus tahan gelak. Takkan nak gelak bila kulit buku aku tu sah-sah tunjuk buku ni pasal pembunuhan? Damn!

"Wooooouwoooouwoooo,"budak pompuan tu buat bunyi hantu yang menyebabkan aku lagi nak tergelak."
"Mak lari la!" Time ni memang muka aku dah merah giler tahan gelak.

"Subang Jaya, Subang Jaya"bunyi announcement dalam tren.
"Cubang Jaye tu apa mak?"
"Subang Jayalah dik. Subang Jaya tu nama tempat"

"Ermmm...tak nak main 'orang-orang' lagilah. Eh jap, kita main 'bas-bas' pulak nak tak mak?"

Telinga aku memang telah difokuskan untuk dengar apa yang budak pompuan ni nak cakap.

"Mak buat camni." Jari telunjuk ibunya ditegakkan ke atas dan diletakkan diatas peha ibunya.
"Ok, sekarang mak jadi orang, adik jadi bas."

Memang aku dah tergelak dh time ni tapi cover dengan shawl yang aku bawak pegi opis ari2 tu.

"Tot tot..tot tot. Laa kenapa mak tak naik bas? Bas dah sampai ni"
"Tak bestlah mak ni."

Setelah beberapa station.

"Jalan Templer, Jalan Templer"
"Mak, jalan pampers tu apa mak?"

Memang masa ni aku gelak dengan air mata yang meleleh-leleh. Dengan susah payah aku tutup muka aku dengan buku aku tu.

"Jalan Templer la dik."
"Jalan pampers?"
"Jalan Templer!"Ulang ibunya lagi.
"Jalan sempes?"
"Jalan Templer!!"
"Jalan perempes?"

Hahahahahahahhahahahha kelaka gila weiiiiii.

"Dah la dik, kita kira-kira nak?"ajak ibunya.
"Nak!"
"Ok, kita kira, 1....2....3.....20.....24..."Lepas tu si ibu membiarkan anaknya mengira sendiri. Aku tak berapa sure apa yang dikira sehinggalah....
"Eh adik ni yang tak menyala janganla kira. Kira lampu yang menyala je." Laaaa kira tiang lampu rupanya.
"Tiga tiga(33)....tiga empat(34)....tiga lima(35)....tiga enam(36)...tak sampai seratus pun!" kata budak tu.

Hahahahahaha aku gelak lagi.

"Laaa mana boleh terus kira seratus kenalah kira satu-satu dulu. Nak kira sampai seratus la ni"terang ibunya.

"Jauhnye rumah Fara ni."Oooo nama budak tu Fara rupanya. Ibunya masih terus mengira sehigga tiang lampu yang ke 87 anaknya menyambung.

"lapan lapan(88)....lapan sembilan(89)....Sembilan sepulohhhh(90)!!!,"jerit budak tu.
"Sembilan puluh la dik. Bukan sembilan sepuluh."
"Ooooo."

Seterusnya sampailah kami ke stesen KL Sentral. Budak tu nak balik ke Rawang sebab ibunya tanya kat aku kalo nk pegi Rawang nak turun kat sini ke? Nak pegi platform berapa?

Kesimpulannya...best giler terserempak dengan kejadian-kejadian macam ni.

Kepada Adik Fara, U really made my day! Thanks!. :D

Monday, August 25, 2008

haper?

Your full name?
Farhan ******** BT Karim

Your nick name in school?
Pa'an, Ida, Jay(only Lavina called me with that name huhu maluuuu)

Your family called you?
Kakyung

Your friends called you?
Ann/Anne. Eh jap berapa banyak soklan pasal nama daaaaa

Your age?
23 yrs of age this coming December

Siblings?
8 of us. Im the eldest.

Height & Weight?
lalalalalla....~

Do you have any illness/disease?
Just low blood pressure...x terok la....kott huhu

Your job post?
IT Admin/Coordinator...(which i had never imagine)

Your girlfriend/boyfriend's name?
Eh perlu ke nih? Sebenarnye saya single and miserable huahuahuahua(isk isk)

Does she/he love you?
Stupido!! tukaq la soklan laenn aku hempuk kang!

Which one do you prefer, to call her/him 'my dear' or 'my love'?
Aku emo la nikannn....

Do you have pets?
Sure do! Cats..meowww

What type of movies do you like and what is your favourite series/movie?
Movie ekk...aku suka sumelah. As long as the cinematography and the plot/storyline is there. Suka Apocalypto, Cloverfield, Korean Movies, Sepi..blablablabla

Do you have friends?
Duhhh!! Of course la ada. Ada ke org takde kawan? Eh adalaaaa...org yg suka2 hati je menipu + suka amek kesempatan(paham2 la korg tu sape ek)*emo lagi*

Who is your bestfriend?
This question doesn't seem right to me. Coz I have like more than a dozen best/close friends. They are all matters to me. How can i just name one? *Shine*

If you were to date a hollywood celebrity who would she/he be?
Rudy Youngblood...(slurrppppp) *subject to change hahahahah
Ala kenapa tak tanya football player? Sbb saya nak jawab Christiano Ronaldo wooohoooooo!Tastyyyy!

In life, have you ever accomplish anything?
I don't wanna brag but honestly speaking, I did. Except for I don't wanna compare my goals with others coz sometimes I could be an average simple lady in the making(buhuuu) but in any other times Im damn complicated. So yeah, I did n I'll definitely do more.

Does it bother you if you have set your goals but couldn't achieve it?
Yerp but not for long.

Your life so far?
Great! Saya bersyukur dgn apa aja sekrg ni.

Why don't you have girlfriend/boyfriend?
Celakerrrrrrrrrrrr!!!!

p/s: my own conflict my own damn answer.

Friday, August 22, 2008

Gone baby gone

Saya ada kucing. 4 ekor sumernyer. Tak termasuk yang come and go.
Penghuni tetap: Tam, Toi, Tih & Anastacia.
Pada satu hari, Toi pulang ke rumah dalam keadaan terhencut-hencut. Lalu saya pelik. Abah kata mungkin dia benda terpijak benda tajam kerana tapak kaki kanan belakangnya bengkak.
Pada keesokan harinya dia menyambut abah pulang seperti biasa. Tetapi agak lambat muncul dari selalunya.
Tidak berapa lama kemudian adik saya ternampak Toi terbaring di sebelah kolam ikan saya.
"Toi......Toi....,"dengan nada yang kami selalu panggil. Tapi Toi tak bergerak malah mulutnya ternganga tetapi perutnya masih naik turun.
Kami mulai risau. Hendak dibawa ke klinik hari sudah pukul 9.36 malam.
Mama kata, "besok kita bawa ke klinik pagi-pagi."
Keesokan harinya perut Toi sudah tidak lagi naik turun. Bila disentuh badannya sudah keras. Hati menangis sedih, air mata ditahan-tahan.
"Goodbye my baby. Goodbye Toi. You'd bring happiness when you were with us"
Penghuni tetap: Tam, Tih & Anastacia
p/s: Selalu kalau aku balik, Toi mesti datang kemudian terbaring minta diangkat. Tapi sekarang....huhuhuhuhuhuhu

Thursday, August 21, 2008

hidup aku setakat ini...boooooringggg

Ok, hari ni hari Khamis. Apa nak buat ek?
Itulah soalan cepuemas yang hari-hari aku kene jawab in spite yang aku ni sebenarnya dah bekerja for about 4months now?
Betul wei tak tipu. Seperti kata adik aku Damia, "kakyung, ko ni makan gaji buta ke?"
Snap!! Cilakak punya budak. Aku tanak belanja kau makan dah!
Tapi apa yang dia cakap tu, memang betul pun. For this month, I do nothing other than typical office work. Tengok tenet, check email, friendster, myspace, blogging etc.
Eh, itu bukan apa yang korang sume buat kat opis ke? huhuhu.

Meh aku cerita perjalanan hidup aku sehari-hari. Setakat ni la.
Pagi-pagi bangun dalam pukul 5.42am sebelum subuh so if I decided to puasa that day, sempat lagi la nak minum air ke haper ke kan. Why 5.42 am? Just psychology. Sengaja. Kalo aku letak kol 5.40am mesti aku cam tutup dulu phone tu and then tidur balik untuk 2 minit...kononnyer. Daripada aku terlanjur tidur sampai tengahhari besok, baiklah aku terus tambahkan lagi 2 minit tu terus. In fact, aku set alarm kat phone aku twice. Kol 5.30am sekali. Kegunaannya untuk menyedarkan aku daripada lalok. Kol 5.42am sekali. Kegunaannya untuk aku terus bangun la apo laie.

Mandi-mandi, solat subuh, lepas siap-siap mama, abah, aku ngan ili naik kereta kol 7.00am terus abah hantar aku dulu kat KL Sentral. This is where the most boring part is. Naik KTM, tahu-tahu ajelah. Nasib baiklah dia jarang delay pepagi, kalo tak kompom aku lambat sampai. The time for the KTM Komuter departing is at 7.43am. Biasanya pagi-pagi orang tak sesak sangat lagi..unless KTM buat drama, delay the earlier departing train which supposed to depart at 7.23. Aiyooo macam ikan sardin hancur dalam train tu.

Anyways, seterusnya sampai je kat Stesen Shah Alam dalam pukul 8.25am, akan ada colleague aku amek. Oh lupa nak habaq mai, kitorang car pool 4 orang. tapi yang sorang tu on off. Ikut suka hati dialah bila nak ikut, bila tak nak ikut. Selalunya kalau dia nak ikut, we have to be aware most of the time he will be late. Sampai ada case colleague aku yang sorang lagi p tegur mamat ni suh datang awal sikit sebab nanti semua orang lambat. Eh apa aku merapik ni. haha. Apa-apa pun sejak dari tu mamat tu dah tak nak tegur colleague aku tu dah. Gila childish. Salah sendiri tak nak mengaku. Ok berbalik kepada cerita boring aku...

Biasanya kitorang akan sampai opis kat BUKIT JELUTONG, Shah Alam tu kol 8.50am(haa jangan tatau, kat situ bas tak masuk yer huhu). Masuk keje macam biasa. Time lunch biasanya kitorang pegi Giant Seksyen 13(tak silap aku la...tak berapa nak ingat seksyen berapa..yang aku tau nak makan je). Balik kol 6 tepat. Haha. Akulah orang yang akan mengajak balik. Tak kuasa aku nak duduk lama-lama kat opis ni. Dah la kat sini 98.9% pompuan. Lelaki melayu yang ada mungkinlah dalam 0.06%. So option tak banyak dan tak ada yang menarik(statement nih!) harusla aku nak balik cecepat.

Benda yang sama berulang untuk perjalanan balik aku. Just balik aku tak stop kat KL Sentral tapi tukar train ke Seremban berhenti kat Bdr. Tasik Selatan. Then tunggu lagi abah amek aku kat situ.

Ya Allah, tatau nak cakap betapa bosannya hidup aku 4 bulan ni. Bila sampai hujung minggu je aku gembira gila dan akan pastikan aku ada masa tidur kat rumah yang melibihi dari apa yang sepatutnya plusssss akan ada masa jugak untuk hangout ngan kekawan aku. Betapalah aku menghargai masa sekarang ni.

I also find ways to be occupied masa dalam train samada pegi atau balik. One of it is to read books. I thought I'll never ever have time again to read books but now, I do!. Yerla sampai rumah lebih kurang pukul 8.45-9.00 malam. Mana nak mandi-manda, mana nak makan-makan, sembang-sembang, tengok tv kalau ada citer best. Currently tengah baca 'Murder is All The Rage' by Jonathan Kellerman. Halfway through, best jugak.

Oh, sekarang ni aku still kat ofis, tak ada apa nak buat tu yang blogging tu. Percaya? huhu

Tuesday, August 19, 2008

bercampur.....

"Abah, mama, bangunlah cepat dah pukul 5.51 ni. Parking penuh nanti."

Abah dan mama ku bergerak-gerak. Tetapi masih dengan mata yang tertutup. Aku tergesa-gesa mencapai sejadah yang tersidai. Tetapi mataku sempat memandang ke dalam kamar tidur mereka.

"Abah, mama cepatlah!" Suara ku tinggikan. Bukan marah tetapi berusaha mengejutkan mereka dari tidur. Akhirnya abah duduk sambil mengurut-ngurut kepalanya.

Sebenarnya kami bermalam di rumah sewa adikku di Cyberjaya untuk memudahkan kami segera sampai ke Majlis Konvokesyen ke-9 Universiti Multimedia.

Akhirnya pada pukul 7 pagi abah, mama dan aku sudah bersiap dan adik-adikku yang lain akan menyusul kemudian. Segeralah kami menuju ke Dewan konvokesyen.

Selangkah demi selangkah makin mendekatkan aku dengan dewan dimaksudkan. Perlahan-lahan aku menghilang, seperti tidak lagi berada bersama abah, mama dan juga teman-teman yang kutemui disepanjang jalan. Aku sedang menghayati setiap bangunan yang pernah aku berada didalamnya. Ku amati meja-meja yang tersusun.

Pada masa ini wajah-wajah yang setia bersamaku sepanjang aku memerah keringat jugak otakku berselang seli muncul diingatan.

Iya, aku menulis bukan kerana majlis konvokesyen ku tetapi untuk mereka yang berpenat lelah bersama denganku.

Fikri. Siapa dia?

Yang pasti dia bukan teman lelaki ku. Orangnya amat ceria. Murah senyuman. Lagaknya sering sahaja mengundang ketawa rakan sekelas. Terutamanya aku.

Setiap kali kami berada di kelas yang sama pasti ada sahaja gaya wataknya yang bersahaja yang membuatkan aku ketawa terbahak-bahak. Tidak pernah ku dengar orang mengata mengenai dirinya. Malah dia mempunyai rakan-rakan yang ramai serta teman wanita yang amat mencintai dirinya. Lainlah kalau aku ni, orangnya banyak mulut sudah tentu ada sahaja orang yang tak suka. Kami yang pertama kali duduk di dalam satu kumpulan untuk membuat assignment ku rasakan seperti sudah lama rapat. Fikri tidak mempunyai masalah untuk menolong ku yang lemah dalam matapelajaran kreatif-kreatif ni.

Namun pada masa cuti semester tidak lama dahulu, telefon bimbit ku rosak kerana terhentak kuat ke lantai. Ambil masa 2 hari juga untuk dibetulkan. Alkisahnya, saat telefon bimbit ku dihupkan, bertubi-tubi mesej masuk ke dalam telefon bimbitku. Dengan tidak bersedia dan tanpa curiga aku mula membaca satu persatu dan salah satunya….

'An, aku nak bagitahu ni, Fikri dah tak de. Dia meninggal kelmarin. Aku call kau banyak kali tak dapat' -Wannur-

Aku terpempan, mesej-mesej itu ku baca berulang kali. Air mataku mula bertakung, akhirnya menitik tanpa henti. Tiada bunyi tangisan kerana aku separuh tidak percaya. Aku mula menekat punat telefon untuk mencari kebenaran. Saat temanku mengiyakan sahaja, tangisan tadi yang tertahan akhirnya terhambur keluar.

"Fikri." Bibirku bergumam saat didalam dewan konvokesyen. Airmata yang hampir keluar aku tegah dengan menggesel mataku. Aku kembali mendengar riuh suara keriangan kami. Namun aku tidak dapat lari untuk teringat kepada seorang lagi rakanku.

Dia yang tidak perlu ku sebutkan namanya. Rasanya dia mengetahui siapa dirinya.

Dia yang sangat happy-go-lucky berbeza dengan arwah Fikri yang low profile. Seharusnya disebut disini yang 'dia' masih sihat walafiat. Entah bila kami mula rapat dan saling bertukar cerita. Dia yang ku kenali keluarganya hanya dari ceritanya begitu juga aku. Sebetulnya kami telah berjanji mahu meraikan hari ini bersama-sama tetapi entah di mana silapnya, dia terkandas.

Saat ku baling tinggi topi ijazah diluar dewan, bergambar beramai-ramai bersuka ria, wajahnya terimbas di mata.

Kepada kamu, bohonglah aku katakan bahawa aku tidak gembira dengan majlis konvokesyen yang mengiktiraf penat lelahku selama ini.

Tetapi aku juga berbohong jika mengatakan aku tidak mengingati kamu. Mengharapkan kita sama-sama menjerit riang, bergelak ketawa tetapi apakan daya.

God always has a better plan for us!

Jadi, jangan meminta maaf mengatakan kamu tidak dapat hadir. Aku sama-sekali memahami betapa remuknya hati kamu tidak dapat bersama kami. Tetapi separuh lagi hatiku berharap kamu datang meraikan. Sepatutnya kamu maafkan aku yang tidak dapat menahan rasa sedih kerana kamu tidak hadir bersama.

I will definitely couldn't wait for your convocation next year!

Walau apa pun kegembiraan aku pada hari itu memang tidak dapat diungkapkan. Dua orang adikku tidak dapat bersama kerana sedang membuat persediaan menghadapi peperiksaan di sekolah.

'Tak pe, nanti kakyung tunjuk gambar kat korang ek.!'

Terima Kasih kepada keluarga ku, teman-teman rapatku yang sama-sama meraikan. Aku terharu!!!!

P/s: Bunga, teddy bear dan coklat yang korang bagi tu, TERIMA KASIH YANG TERAMAT!!!!

-kakyung-

Kerana dialah aku.....

Termenung aku kala senja mula menampakkan warnanya.
Mataku tertancap pada langit yang kian memerah. Kemudian aku terdengar-dengar seperti ada orang memanggil namaku.

"Parhan.....Parhan..."kuat suara itu memanggil. Sebutan yang sepatutnya berbunyi 'Farhan' langsung berubah maksud.

Aku tidak menyahut. Hanya lekas-lekas mencuci kaki ku yang kotor akibat meredah semak mencari paku-pakis untuk bermain 'masak-masak' tanpa berkasut.

"Parhan..!!" Semakin keras suara itu memanggil.

"Iya, pah. Nak masuk la ni."

"Apa anak perempuan dah azan maghrib baru ingat nak balik," Opah ku membebel-bebel dengan loghat perak yang pekat.

"Dah, pegi masuk sembahyang, lepas tu amik al-Quran," suruhnya.

Beginilah nasibku setiap kali musim cuti sekolah. Opah ku dari Kuala Kangsar akan duduk bersama kami untuk menengok-nengok kami yang sedia maklum nakal dan degilnya. Tapi dengan opah, kami tak berani nak melawan. Semuanya mengikut macam lembu dicucuk hidung.

"Ha sambung lagi mukasurat sebelah," suruh opahku.

"Tapi pah, tadi dah 5 muka surat," jawabku.

"Baca lagi," tegas opahku.

Aku yang duduk bersila dari tadi sudah mula lenguh-lenguh. Kaki ku sudah tidak selesa dan perlu diluruskan. Namun aku hanya menurut kata opahku untuk meneruskan pembacaan al-Quran.

Setelah selesai membaca dan menandakan dimuka surat terakhir yang aku baca untuk hari itu aku terus bangun untuk menonton tv. Terus kaki ku diserang rasa kebas. Ngilu betul rasanya.

"Parhan.." Suara kuat itu kedengaran lagi, melanggar gegendang telingaku yang sedang nyenyak tidur.

"Bangun! Sembahyang subuh. Dah nak habis waktu dah," marah opahku.

Aku terpisat-pisat mendengar teriakan opahku. Rasa menyesal pula tidak mengikut sepupuku ke ruhmahnya. Mesti sekarang ni aku tengah berselubung lagi dengan selimut. Dengan rasa yang teramat malas, aku bangun juga untuk mengambil wudu' dan seterusnya menunaikan solat subuh.

"Ha nak pegi mana tu?" Tanya opahku.

"Jangan nak tidur balik, pegi amik al-Quran. Sambung baca juzu' yang semalam."

"Eeee, malas la" Aku melawan. Tetapi kakiku tetap melangkah mengambil al-Quran dan duduk mengadap opahku. Dan seperti biasa kaki ku sudah tak tertahan lagi kebasnya.

Sepanjang cuti sekolah pada waktu itu, opahku akan berada dirumah dan pada setiap kali selepas waktu solat (iya setiap selepas waktu solat!) kaki ku akan kebas sekebas kebasnya kerana membaca al-Quran yang kadang-kadang lebih dari 10 muka surat.

Diwaktu rakan-rakan sebayaku yang lain hanya khatam sekali kebanyakannya dan ada juga yang langsung tidak mengenal huruf jawi apatah lagi membaca kitab Allah itu, tetapi disebabkan opah, aku khatam al-Quran sebanyak 3 kali sewaktu disekolah rendah. Itu tak termasuk lagi khatam semasa di bulan Ramadhan.

Oleh sebab opahlah aku terhindar dari suka meninggalkan solat. Surah yasin semakin dekat kepada hatiku dan ayat kursi dan surah al-mulk sering menjadi bacaanku sebelum tidur.

Menyesal dulu aku kadang-kadang melawan opah yang melarangku untuk bermain di tengah hari yang panas terik. Menyesal aku apabila mengatakan dia lebih sayangkan adik-adikku daripada diriku. Menyesal aku apabila mengharap supaya opah tidak datang ke rumah kami pada setiap kali cuti sekolah. Pada hakikatnya, Ramadhan yang akan datang ini genaplah 3 tahun pemergian opah yang amat aku sayangi. Air mataku yang bertakung dari tadi akhirnya gugur juga tatkala azan maghrib singgah ke pendengaranku. Apa yang mampu aku lakukan sekarang hanya menyedekahkan Surah al-Fatihah kepadanya. Semoga rohnya dicucuri rahmat.

Al-Fatihah.

-kakyung-

Entah apa tajuk yang sepatutnyer aku letak....

Dulu, masa aku baru2 masuk mmu, pah(singkatan untuk opah) ikut sekali kami satu family

Berhimpit2 kami sebelas orang dalam van abah tu

Yerlah aku nih adik-beradik 8 orang, keluarga ramai...macam ni lah

Sampai2 jer kat mmu..masa tu mmu Melaka..time alpha..

Kemas2 bilik...aku pun salam lah dengan sumer adik-beradik aku. Aku tawu sumer muka bangga jer dapat anta kakak sulung diorg nih ke universiti hehe tapi sorang pun x bersuara..maklumlah kami ni keluarga ego, masing2 muka ketat je.

Kemudian aku salam mama aku, air mata dier menitik kat tangan aku...dier peluk aku. Mama x kata apa pun tapi aku tawu dalam hati dier punyalah mama senang hati.

Kemudian aku salam abah, abah hulur duit kat aku...."cukup ke duit tu kakyung?"..aku anggukkan aja.

Aku hulur tangan kat pah pulak. Aku cium tangan dia. Pah genggam tangan aku kuat2 dia peluk aku erat2, memandang muka aku dengan seribu satu harapan "belajar pandai2 ya farhan"..gugur jugak air mata aku yang dr tadi aku tahan2.

Betapa besar harapan mereka terhadap aku.

Adalah satu hari ni, aku tgh exam masa ni...dalam masa aku tengah berjalan kaki nak pegi makan adalah sorg hamba Allah nih langgar aku dengan motor dari belakang. Tempang gaklah aku sebulan.

Abah hari2 urut kaki aku, "kenapalah dia langgar anak abah..kesian anak abah," perlahan je abah cakap. Sayu aku dengar abah cakap macam tu.

Satu hari tu adik perempuan aku, Muna bercerita dengan aku masa aku balik rumah time cuti. Mama membebel dengan adik aku yang sorang lagi ni...suka sangat berjalan-jalan...dia masih bersekolah menengah lagi.

"Cubalah kau jadi macam kakyung kau tu, dia tu malas2 pun dia x de nak keluar2 berjalan-jalan macam kau ni, baik je duduk kat rumah mama sayang dia macam tu" Terharu aku dengar. Mama aku tu bukan jenis suka puji orang depan2.

Masa aku bersekolah dulu aku nih memang malas, mama selalu membebel suruh beri contoh yang baik pada adik2.

Hari ini, hari terakhir aku mengambil exam di mmu(cyberjaya). Belum officially graduate sebab belum convo tapi aku rasa seronok campur bangga juga bahagia.

Tak sabar aku nak beri hasil titik peluh aku kepada family aku....

Aku tahu tulisan ini tidak menggambarkan kesemua pengorbanan yang telah kedua mama dan abahku lakukan untuk aku tapi cukuplah untuk menceritakan betapa aku bersyukur dirahmati Allah dengan mempunyai Ibu Bapa seperti mama dan abah.

Pada mama yang apabila malam menjengah mama dtg ke bilik tidurku mengusap ubun2ku sambil membaca ayat2 suci al-quran dan kemudian menghembuskannya.

Pada abah yang sering menjadi tempat aku melepaskan tangis tatkala hidup mengajar aku erti kehidupan

Pada pah(sebelah abah) yang beriya-iya menangis dan risau semasa aku accident dulu

Pada arwah pah(sebelah mama) yang memandikan aku selama 44 hari sewaktu aku masih bayi

Pada adik-beradik aku yang aku tahu mereka menghormati aku selama ini

Terima Kasih atas segala kasih sayang yang tidak mungkin dapat aku balas

Mencintai Tuhan itu yang didahulukan,

Mencintai mama begitu mudah aku luahkan

Mencintai abah bahagia aku rasakan

Mencintai saudara2 ku yang saban hari aku doakan

Mencintai diri itu yang amat diperlukan

sekian.

-kakyung-

U really have to read this if u were born in 1985 n earlier!!!

credit to the person who wrote this

not me =D

ceritanya camni,

Kita membesar dgn menonton G-Force, He-man,
Transformers, Thundercats, Silver Hawk, Woody
Woodpecker, Chipmunks and Mickey Mouse. Not
to forget Ninja Turtles, Mask, Smurfs dan Voltron.

berus gigi time waktu rehat kat skolah
rendah?...hmm, mesti pegang
cawan warna-warni kan. mencangkung kat tepi
parit dgn classmates semua kat seblah...

ingat tak, misi kat skolah masuk kelas dgn list
dentist appointment.
pastu bunyi gigi member kite kene gerudi kat bilik
sebelah. ada gigi yang berlubang, kene laa tampal.
ni sure korang igt...program minum susu di skolah.
nak galakkan budak2 time tuh minum susu.
sekotak 30 sen jek beb...

cikgu2 kalau nak denda, mesti guna pembaris
panjang warna kuning tu. pukul tapak tangan...kan?

semangkuk mi sup ke, mihun sup ke, 30 sen jek
kat kantin.

Hankyu Jaya, Yaohan - shopping complex yang
popular utk meluangkan masa dgn family. ni for
those yg dok KL laa

time skolah menengah, korang sure beli kasut
skolah Bata BM Turbo atau Pallas Jazz. ada yang
suka kasut high-cut yang buatan china tu... ada
yang suka stoking tebal laaa...

internet? email? mendalah ape tu? CD? ape tu?
kaset tape penah laa dgr. tiket wayang pun 5
inggit je.

kite pegi kedai runcit, beli Chickerdis, Mamee ,
Kum Kum, UFO, O-Ya,
Ding Dang chocolate balls yang ada mainan kat
dlm die, 'telur' keras warna warni, 'rokok' chewing
gum, KIKI Bubble Gum.

tak dilupakan, 'Ti Kam'. bile dah abih exam, main
Monopoly la, Donkey la, Happy Family laa dlm
class.

tapi bunyi loceng laa yang paling best skali. boleh
beli aiskrim ngan
apek kat luar skola tuh... lagi satu loceng masa
nak pegi rehat. tinggal kan keje skolah, jom kita
pegi makan. budak2 yg dpt Rancangan Makanan
Tambahan (RMT) mesti kluar awal.

lagi satu yang seronok mase time Pendidikan
Jasmani, PJ. main bola laa, rounders laa...
permainan kegemaran, main guli, batu seremban,
penutup botol, batang aiskrim, 'Pepsi Cola one-two-
three', 'Police & Sentry', kejar2 duduk...

kita hilangkan dahaga dgn aiskrim 10 sen. yang
tube aiskrim, ada byk2 color tu. kalau nak makan,
kene patahkan kat tengah2 die!

lipat kertas kecik2, pastuh buat lastik. hmmm..ni
pun kita main dulu
ni. baling2 kapur laa.

hmm...budak2 kat university skarang, kebanyakan
nye lahir thn 1987/88. skarang digelar 'remaja'.
bagi diorg, diorg mane penah dgr lagu 'We Are the
World, We Are the Children...' dan lagu 'Uptown
Girl' yang diorg tau, yg Westlife nyanyi....bkn Billy
Joel nyanyi...

bagi diorg, ada satu je Jerman kat dunia ni, dan
ade satu je
Vietnam.

AIDS wujud sejak diorg lahir.

CD pun wujud time diorg lahir.

Michael Jackson dah putih dah time tu.

Diorg percaya Spiderman dgn Incredible Hulk tu
filem2 baru.

Diorg tak bley bayangkan skrin hitam putih utk
sebuah komputer.

Diorg tak penah tau pun 'Atari' dgn 'Game &
Watch'.

Diorg tak percaya penah ada TV hitam putih...dan
diorg skarang tak reti nak switch on TV kalau xde
remote control. dan diorg tak paham macam mane
kite boleh survive dkt universiti tanpa handphone...

hmm...jom kite check, kite ni dah tua ke:

1. korg paham ape yang korang baca kat atas ni,
dan korg sure tersenyum

2. kebanyakan member2 skolah menengah kite
dah kawin

3. korg sure pelik bile nengok bdak2 kecik main
komputer, selamba je

4. kita geleng kepala bile nengok bdak2 skolah
menengah guna handphone

5. kita dah tak byk sembang2 dgn member melalui
telefon lagi setiap
hari

6. bile jumpe member lame dari semasa ke
semasa, seronok bile
bersembang pasal cerite2 lame, cerite2 kelakar
yang kite alami mase dulu time kecik2, nakal2
dulu...

7. last skali, bile dah bace email ni, korang akan
terpikir utk
forwardkan dkt member2 lame korg. Sure diorg
suke punye laa...hehehe

Yaa, kite pun dah semakin tua!!

Teringat zaman2 dulu kan?

p/s: how sweet n i do miss all that