Monday, August 24, 2009

Pesanan buat makcik-makcik di masjid Alam Damai (dan yang sewaktu dengannyer)

Alhamdulillah..Allah memanjangkan umur untuk bertemu sekali lagi dengan mu ya Ramadhan.

Ok. Nak bercerita mengenai solat terawikh kat umah aku.
Tahun ni baru dapat merasa berjemaah kat Masjid Alam Damai(kat umah aku la kan). Setelah dekat nak 7 tahun aku dok situ. Sebelum ni solat terawikh kat surau. Fuiyooo besar beb..cantik pun cantik..leh buat akad nikah kat situ..ahaks~(nenoneno :p)

Nak dijadikan cerita...masuk beberapa rakaat dah untuk solat terawikh..mula lah nampak saf-saf yang terlopong...almaklumlah ada makcik-makcik yang dah tak boleh tahan 'bladder' memasing...(paham-paham sendiri la ek) So kitorang(aku ngan adik2 aku) rapatkan saf ke kanan..alih-alih ada sorang makcik ni gi sound adik aku...

"Hey, rapatkan Saf kekiri, ni dah kosong dah ni nanti putus saf!"

adik aku ni pun buat derk jerk..dia masih rapatkan ke kanan..

Buat makcik tu(dan sesiapa yang tak tahu) - Makcik, saf kena rapat ke kanan...tak de mazhab mengajo rapat saf ke kiri..

Nasib baik dia sound adik aku..dia tu lembut hati sket..haritu ada makcik lain sound aku suh rapat ke kiri..terus aku hangin...Ingat nak datang terawikh..kumpul pahala..tapi dah terbalik..dok naik 'hangin' membetulkan acik-acik tu pulak.

Lagi satu - Budak-budak tak cukup umur kena duduk saf belakang(selepas saf dewasa yang terakhir) ataupun duduk di hujung sekali. Jadi makcik-makcik/akak-akak yang ada anak kecik..tak payahla nak menggatal datang masjid..jaga jelah budak tu kat umah takpun tinggalkan suh maid yang jaga..mengganggu orang lain sampai tak khusyuk tau tak kalau dah melalak nak 'susu ibu'.

Belum kira lagi bebudak yang main kejar-kejar Polis-entry-want-to-jaga tuh!

p/s: Kalau adik aku dah lama aku siut ngan api.

-kakyung-

Tuesday, August 11, 2009

Dedicated to my love

to my closest friends
to my loving family
to him
and to you :)



kakyung

Monday, August 3, 2009

KTM tolooooong lah!

Hari jumaat 31/7/2009
pukul 6 lebih...di stesen kg. dato' harun...
delay..delay..delay..

kepada pentadbiran KTM
TOLONGGGGGLAH!!!!
tolonglah pikir...logik ke kalau delay keretapi sampai sejam????

dibuatnya orang yang macam aku...kena naik 2 kali train..
alih2 sampai kl sentral...delay for another one hour (menghala ke seremban)
LOGIK KE WEIH?????

ini bukan kali pertama..obviously kan??? korang jangan buat lawak dengan akuuu
hari jumaat...dah tentu ramai orang akan gunakan train..why?? because sabtu ahad hujung minggu...orang akan mula balik dr hari jumaat!!!!
bila korang dok kenselkan train...batalkan train...wtf?????
dah tentu train yang dtg(selepas delay) akan sesak nak mampos!!

dah la orang ramai nak balik...train delay pulak..delay plak tu bukan 10-20 menet jer...korang mana main delay sekejap2 korang delay sampai BEREJAM!!!

lepas tu...ada hati masuk paper...kata nak penduduk lembah klang menggunakan perkhidmatan awam meningkat kepada 25%..apekah weii?? korang buat lawak ke?? pegi masuk raja lawak la weiii...

Lagi satu...gerabak ktm yg buruk (itu satu hal) x kesahlah...mekap la sikit..cat ke ape ke...malu la dengan pelancong...
lagi satu hal..dengan busuknyer kusyen2 dalam train tu..ya Rabbi....
yang naik train paling ramai??? mat2 indon..minah2 indon yg dok seret beg setinggi pinggang..kotak2 yang ntah apa isi kat dalam..yang peliknyer...kakitangan ktm yang dok jaga tiket tu..takkan x boleh jalankan tanggungjawab sekat indon2 dari angkut segala bagai tu kan?? aku tak kata sumer indon..tp MOSTLY yang naik ktm tu...terutama ktm yang pegi balik pelabuhan klang...

aku maluuuuuu sgt2 kat pelancong2 asing...mesti diorg bajet...'ewww kotornya orang malaysia ni' welllll their not malaysian!!! ada setengah tu siap tutup hidung..mana taknya BUSUK!!! ini belum cerita time ada gerabak yang aircond dia rosak...haihhh bengang la bengang!!

Ok2 kenapa aku tak boleh nak cakap baik2?
Senang je..
This is not the 1st time ada orang cakap pasal KTM...tegur KTM...even Pak Lah dulu dah buat spot check..tp the outcome....sgt sgt sgt sgt menyedihkan..

Aku menyeru semua pihak..please look into this...This is our image!!
betulkan aku kalau aku salah..aku dengar orang KTM kalau time bonus...semuanya mewah..semua pergi melancong sana sini....habis mana dia bajet korg utk improvekan gerabak2 tu? aku tak kata korang x boleh dpt bonus...tp be fair boleh tak???

aku ni naik ktm hari2...kalau satu hari tu takde train yang delay fuh..dah besar rahmat!!
mcam..mimpi jadi kenyataan kalau sampai rumah awal!!
ada hati pulak lagi nak naikkan harga tiket??
tolonglah..kalau dah harga tiket pegi balik sama dengan duit minyak kete..baik baik kete..dah tentu duduk dalam air cond yang sejuk...tp kononya nak elakkan jam..naik KTM tapi sama jugak jamnye...cuma bersesak dlm train lagi teruk!!!
aku tak nak berlagak kata aku x nak naik train..aku prefer naik pengangkutan awam..senang..tapi masalahnya..peratusan untuk korang menyenangkan orang awam sangat rendah..termasuk memalukan imej malaysia pada orang luar!

Lu orang pikirlah sendiri!!

-kakyung-
(setelah setahun lebih bergantung harap pada train)