Tuesday, August 19, 2008

Entah apa tajuk yang sepatutnyer aku letak....

Dulu, masa aku baru2 masuk mmu, pah(singkatan untuk opah) ikut sekali kami satu family

Berhimpit2 kami sebelas orang dalam van abah tu

Yerlah aku nih adik-beradik 8 orang, keluarga ramai...macam ni lah

Sampai2 jer kat mmu..masa tu mmu Melaka..time alpha..

Kemas2 bilik...aku pun salam lah dengan sumer adik-beradik aku. Aku tawu sumer muka bangga jer dapat anta kakak sulung diorg nih ke universiti hehe tapi sorang pun x bersuara..maklumlah kami ni keluarga ego, masing2 muka ketat je.

Kemudian aku salam mama aku, air mata dier menitik kat tangan aku...dier peluk aku. Mama x kata apa pun tapi aku tawu dalam hati dier punyalah mama senang hati.

Kemudian aku salam abah, abah hulur duit kat aku...."cukup ke duit tu kakyung?"..aku anggukkan aja.

Aku hulur tangan kat pah pulak. Aku cium tangan dia. Pah genggam tangan aku kuat2 dia peluk aku erat2, memandang muka aku dengan seribu satu harapan "belajar pandai2 ya farhan"..gugur jugak air mata aku yang dr tadi aku tahan2.

Betapa besar harapan mereka terhadap aku.

Adalah satu hari ni, aku tgh exam masa ni...dalam masa aku tengah berjalan kaki nak pegi makan adalah sorg hamba Allah nih langgar aku dengan motor dari belakang. Tempang gaklah aku sebulan.

Abah hari2 urut kaki aku, "kenapalah dia langgar anak abah..kesian anak abah," perlahan je abah cakap. Sayu aku dengar abah cakap macam tu.

Satu hari tu adik perempuan aku, Muna bercerita dengan aku masa aku balik rumah time cuti. Mama membebel dengan adik aku yang sorang lagi ni...suka sangat berjalan-jalan...dia masih bersekolah menengah lagi.

"Cubalah kau jadi macam kakyung kau tu, dia tu malas2 pun dia x de nak keluar2 berjalan-jalan macam kau ni, baik je duduk kat rumah mama sayang dia macam tu" Terharu aku dengar. Mama aku tu bukan jenis suka puji orang depan2.

Masa aku bersekolah dulu aku nih memang malas, mama selalu membebel suruh beri contoh yang baik pada adik2.

Hari ini, hari terakhir aku mengambil exam di mmu(cyberjaya). Belum officially graduate sebab belum convo tapi aku rasa seronok campur bangga juga bahagia.

Tak sabar aku nak beri hasil titik peluh aku kepada family aku....

Aku tahu tulisan ini tidak menggambarkan kesemua pengorbanan yang telah kedua mama dan abahku lakukan untuk aku tapi cukuplah untuk menceritakan betapa aku bersyukur dirahmati Allah dengan mempunyai Ibu Bapa seperti mama dan abah.

Pada mama yang apabila malam menjengah mama dtg ke bilik tidurku mengusap ubun2ku sambil membaca ayat2 suci al-quran dan kemudian menghembuskannya.

Pada abah yang sering menjadi tempat aku melepaskan tangis tatkala hidup mengajar aku erti kehidupan

Pada pah(sebelah abah) yang beriya-iya menangis dan risau semasa aku accident dulu

Pada arwah pah(sebelah mama) yang memandikan aku selama 44 hari sewaktu aku masih bayi

Pada adik-beradik aku yang aku tahu mereka menghormati aku selama ini

Terima Kasih atas segala kasih sayang yang tidak mungkin dapat aku balas

Mencintai Tuhan itu yang didahulukan,

Mencintai mama begitu mudah aku luahkan

Mencintai abah bahagia aku rasakan

Mencintai saudara2 ku yang saban hari aku doakan

Mencintai diri itu yang amat diperlukan

sekian.

-kakyung-

No comments: