Tuesday, August 19, 2008

bercampur.....

"Abah, mama, bangunlah cepat dah pukul 5.51 ni. Parking penuh nanti."

Abah dan mama ku bergerak-gerak. Tetapi masih dengan mata yang tertutup. Aku tergesa-gesa mencapai sejadah yang tersidai. Tetapi mataku sempat memandang ke dalam kamar tidur mereka.

"Abah, mama cepatlah!" Suara ku tinggikan. Bukan marah tetapi berusaha mengejutkan mereka dari tidur. Akhirnya abah duduk sambil mengurut-ngurut kepalanya.

Sebenarnya kami bermalam di rumah sewa adikku di Cyberjaya untuk memudahkan kami segera sampai ke Majlis Konvokesyen ke-9 Universiti Multimedia.

Akhirnya pada pukul 7 pagi abah, mama dan aku sudah bersiap dan adik-adikku yang lain akan menyusul kemudian. Segeralah kami menuju ke Dewan konvokesyen.

Selangkah demi selangkah makin mendekatkan aku dengan dewan dimaksudkan. Perlahan-lahan aku menghilang, seperti tidak lagi berada bersama abah, mama dan juga teman-teman yang kutemui disepanjang jalan. Aku sedang menghayati setiap bangunan yang pernah aku berada didalamnya. Ku amati meja-meja yang tersusun.

Pada masa ini wajah-wajah yang setia bersamaku sepanjang aku memerah keringat jugak otakku berselang seli muncul diingatan.

Iya, aku menulis bukan kerana majlis konvokesyen ku tetapi untuk mereka yang berpenat lelah bersama denganku.

Fikri. Siapa dia?

Yang pasti dia bukan teman lelaki ku. Orangnya amat ceria. Murah senyuman. Lagaknya sering sahaja mengundang ketawa rakan sekelas. Terutamanya aku.

Setiap kali kami berada di kelas yang sama pasti ada sahaja gaya wataknya yang bersahaja yang membuatkan aku ketawa terbahak-bahak. Tidak pernah ku dengar orang mengata mengenai dirinya. Malah dia mempunyai rakan-rakan yang ramai serta teman wanita yang amat mencintai dirinya. Lainlah kalau aku ni, orangnya banyak mulut sudah tentu ada sahaja orang yang tak suka. Kami yang pertama kali duduk di dalam satu kumpulan untuk membuat assignment ku rasakan seperti sudah lama rapat. Fikri tidak mempunyai masalah untuk menolong ku yang lemah dalam matapelajaran kreatif-kreatif ni.

Namun pada masa cuti semester tidak lama dahulu, telefon bimbit ku rosak kerana terhentak kuat ke lantai. Ambil masa 2 hari juga untuk dibetulkan. Alkisahnya, saat telefon bimbit ku dihupkan, bertubi-tubi mesej masuk ke dalam telefon bimbitku. Dengan tidak bersedia dan tanpa curiga aku mula membaca satu persatu dan salah satunya….

'An, aku nak bagitahu ni, Fikri dah tak de. Dia meninggal kelmarin. Aku call kau banyak kali tak dapat' -Wannur-

Aku terpempan, mesej-mesej itu ku baca berulang kali. Air mataku mula bertakung, akhirnya menitik tanpa henti. Tiada bunyi tangisan kerana aku separuh tidak percaya. Aku mula menekat punat telefon untuk mencari kebenaran. Saat temanku mengiyakan sahaja, tangisan tadi yang tertahan akhirnya terhambur keluar.

"Fikri." Bibirku bergumam saat didalam dewan konvokesyen. Airmata yang hampir keluar aku tegah dengan menggesel mataku. Aku kembali mendengar riuh suara keriangan kami. Namun aku tidak dapat lari untuk teringat kepada seorang lagi rakanku.

Dia yang tidak perlu ku sebutkan namanya. Rasanya dia mengetahui siapa dirinya.

Dia yang sangat happy-go-lucky berbeza dengan arwah Fikri yang low profile. Seharusnya disebut disini yang 'dia' masih sihat walafiat. Entah bila kami mula rapat dan saling bertukar cerita. Dia yang ku kenali keluarganya hanya dari ceritanya begitu juga aku. Sebetulnya kami telah berjanji mahu meraikan hari ini bersama-sama tetapi entah di mana silapnya, dia terkandas.

Saat ku baling tinggi topi ijazah diluar dewan, bergambar beramai-ramai bersuka ria, wajahnya terimbas di mata.

Kepada kamu, bohonglah aku katakan bahawa aku tidak gembira dengan majlis konvokesyen yang mengiktiraf penat lelahku selama ini.

Tetapi aku juga berbohong jika mengatakan aku tidak mengingati kamu. Mengharapkan kita sama-sama menjerit riang, bergelak ketawa tetapi apakan daya.

God always has a better plan for us!

Jadi, jangan meminta maaf mengatakan kamu tidak dapat hadir. Aku sama-sekali memahami betapa remuknya hati kamu tidak dapat bersama kami. Tetapi separuh lagi hatiku berharap kamu datang meraikan. Sepatutnya kamu maafkan aku yang tidak dapat menahan rasa sedih kerana kamu tidak hadir bersama.

I will definitely couldn't wait for your convocation next year!

Walau apa pun kegembiraan aku pada hari itu memang tidak dapat diungkapkan. Dua orang adikku tidak dapat bersama kerana sedang membuat persediaan menghadapi peperiksaan di sekolah.

'Tak pe, nanti kakyung tunjuk gambar kat korang ek.!'

Terima Kasih kepada keluarga ku, teman-teman rapatku yang sama-sama meraikan. Aku terharu!!!!

P/s: Bunga, teddy bear dan coklat yang korang bagi tu, TERIMA KASIH YANG TERAMAT!!!!

-kakyung-

2 comments:

buster said...

congrats on ur convo..aku pon sangkut jugak..relax..aku suka duk sini :D

huhu..Fikri...
aku still simpan lagi sms terakhir dier bagi kat aku..aku pon tatau kenapa aku tak delete

and yeah..relax..dier budak baik..konfem dier happy dalam kubur yg cerah wangi dan luas :)

Al-Fatihah utk Fikri

kerja kerja..jgn usha laki jer:P

Kakyung said...

aku tatau nak ckp apa...
tapi memang rindu kat dier huhu
.........
yerla2 aku keje la niii hehe