Wednesday, August 27, 2008

Jalan pampers!

Please bare in mind this is a TRUE story which i encountered myself yesterday on the way home.

Enjoy!

Petang semalam aku balik macam biasa naik KTM dari Batu Tiga nak ke KL Sentral. Nasib baiklah ada tempat duduk. Bersebelahan dengan aku ada seorang ibu dan anak perempuannya yang berusia lebih kurang 3 - 4 tahun. Anaknya berbaju pink comel dengan beg kecil di badannya. Sebaik sahaja aku duduk, aku pun mengeluarkan buku yang belum lagi kuhabiskan. Tidak berapa lama kemudian...

"Mak, jomlah kita main...adik boring la," sambil menarik-narik lengan baju ibunya.
"Nak main apa?"kata ibunya endah tak endah.
"Kita main....'orang-orang' nak tak?"

Aku pun terpikir amendelah...permainan 'orang-orang' ni. Dulu kecik-kecik tak de la pulak aku penah main 'orang-orang' ni.

Ibunya masih berbuat endah tak endah.

"Mak, jomlah main 'orang-orang'!"
"Iyalah-iyalah. Macam mana nak main?"
"Cam ni, mak jadi orang, adik jadi pontianak"

Aku yang dari tadi yang memang tak khusyuk membaca terus tahan gelak. Takkan nak gelak bila kulit buku aku tu sah-sah tunjuk buku ni pasal pembunuhan? Damn!

"Wooooouwoooouwoooo,"budak pompuan tu buat bunyi hantu yang menyebabkan aku lagi nak tergelak."
"Mak lari la!" Time ni memang muka aku dah merah giler tahan gelak.

"Subang Jaya, Subang Jaya"bunyi announcement dalam tren.
"Cubang Jaye tu apa mak?"
"Subang Jayalah dik. Subang Jaya tu nama tempat"

"Ermmm...tak nak main 'orang-orang' lagilah. Eh jap, kita main 'bas-bas' pulak nak tak mak?"

Telinga aku memang telah difokuskan untuk dengar apa yang budak pompuan ni nak cakap.

"Mak buat camni." Jari telunjuk ibunya ditegakkan ke atas dan diletakkan diatas peha ibunya.
"Ok, sekarang mak jadi orang, adik jadi bas."

Memang aku dah tergelak dh time ni tapi cover dengan shawl yang aku bawak pegi opis ari2 tu.

"Tot tot..tot tot. Laa kenapa mak tak naik bas? Bas dah sampai ni"
"Tak bestlah mak ni."

Setelah beberapa station.

"Jalan Templer, Jalan Templer"
"Mak, jalan pampers tu apa mak?"

Memang masa ni aku gelak dengan air mata yang meleleh-leleh. Dengan susah payah aku tutup muka aku dengan buku aku tu.

"Jalan Templer la dik."
"Jalan pampers?"
"Jalan Templer!"Ulang ibunya lagi.
"Jalan sempes?"
"Jalan Templer!!"
"Jalan perempes?"

Hahahahahahahhahahahha kelaka gila weiiiiii.

"Dah la dik, kita kira-kira nak?"ajak ibunya.
"Nak!"
"Ok, kita kira, 1....2....3.....20.....24..."Lepas tu si ibu membiarkan anaknya mengira sendiri. Aku tak berapa sure apa yang dikira sehinggalah....
"Eh adik ni yang tak menyala janganla kira. Kira lampu yang menyala je." Laaaa kira tiang lampu rupanya.
"Tiga tiga(33)....tiga empat(34)....tiga lima(35)....tiga enam(36)...tak sampai seratus pun!" kata budak tu.

Hahahahahaha aku gelak lagi.

"Laaa mana boleh terus kira seratus kenalah kira satu-satu dulu. Nak kira sampai seratus la ni"terang ibunya.

"Jauhnye rumah Fara ni."Oooo nama budak tu Fara rupanya. Ibunya masih terus mengira sehigga tiang lampu yang ke 87 anaknya menyambung.

"lapan lapan(88)....lapan sembilan(89)....Sembilan sepulohhhh(90)!!!,"jerit budak tu.
"Sembilan puluh la dik. Bukan sembilan sepuluh."
"Ooooo."

Seterusnya sampailah kami ke stesen KL Sentral. Budak tu nak balik ke Rawang sebab ibunya tanya kat aku kalo nk pegi Rawang nak turun kat sini ke? Nak pegi platform berapa?

Kesimpulannya...best giler terserempak dengan kejadian-kejadian macam ni.

Kepada Adik Fara, U really made my day! Thanks!. :D

4 comments:

Che underscore Lee said...

ok budak tu fani pliss!!
kalau aku jumpa dia aku nak bagi phone number aku, bila besar sok soh contact aku, nak tgk tahap kepuakaan bahasa dia hehe..

Hammam Mustafar said...

haha klaka weh.. kalo aku dh gelak guling2 dh ahahaha.. aku cdgkn korang bukak akademi kepuakaan kebangsaan haha :P~

milo boyd said...

fak fani cam bangsat!!! =))

Pourpres~ said...

Ngahaha hilarious! Comel gila.

Jalan merembes tak ada ke?

Hahaha. Hi An. ;)